Tuesday 21 July 2009

PERTEMUAN BUDAYA KALI KE-16

Beberapa wakil dari setiap kampung telah mengikuti pertemuan budaya di Kg.Alutok selama 4 hari supaya mereka boleh berkongsi memantapkan pengetahuan dan pengalaman tentang kebudayaan dan cara hidup sesuatu masyarakat.
Pertemuan Budaya ini turut memberi pendedahan kepada generasi muda untuk tetap
memartabatkan institusi adat kerana generasi muda adalah bakal pewaris warisan nenek moyang mereka.
Pertemuan ini juga dianjurkan oleh komuniti 5 buah kampung dengan sokongan PACOS Trust dalam usaha menggalakan belia yang datang dari seluruh daerah jaringan PACOS mengikuti pertemuan budaya pada kali ini dan ini lah peluang bagi generasi ini mengetahuai apakah kepentingan adat-adat orang asal.
Ini adalah kali ke-16 Pertemuan Budaya seperti ini dijalankan. Peserta Pertemuan Budaya terdiri daripada orang muda dan veteran di pelbagai kampung. Ini juga peluang baik untuk khususnya pada golongan belia mengetahui perkembangan, tren semasa serta cabaran yang
dihadapi oleh Masyarakat Orang Asal dalam usaha mempertahankan dan memperjuangkan Hak Orang Asal selaras dengan UNDRIP-Deklarasi PBB berkenaan Hak Orang Asal dan memberi peluang kepada peserta untuk memahami konsep adat dan hubungan isu-isu Orang Asal serta
berkongsi pengalaman di antara Orang Asal yang lain dan membuat perbincangan bersama untuk mencari jalan alternatif dalam perjuangan Orang Asal.